:: Say Cheese !!! ツ ::

Tuesday, April 26, 2011

Pen, Amanah dan Kawan ??? -_____-`

~ Salam readers ~
Al-kisah. Suatu hari yang damai, di dalam sebuah kuliah. Terdapat seorang budak bernama acap sedang duduk mengelamun sambil menunggu pensyarah beliau menghabiskan sesi pengajaran. Seperti hari-hari yang biasa, kertas kedatangan akan diedarkan pada setiap pelajar sebelum tamat kuliah. Sampainya kertas kedatangan pada  acap. Maka dia meminjam pen daripada rakan sebelahnya untuk menurunkan tandatangan.


" Pen ni, aku bagi ang je pinjam. Jangan bagi orang lain. Kalau ang bagi, aku haramkan dakwat pen ni " kata rakannya dengan tegas.



 "Okeh-okeh, pas siap, aku bagi balik kat ang"."(tangkai jering betul) ", ujar acap dalam hati.



Selepas selesai, dieedarnya kertas kedatangan tadi kepada rakan di sebelahnya yang lain. Sampainya kertas tadi, maka si rakan tadi pun meminta pen yang berada di tangan acap.



" Acap, pinjam hang punya pen"



"Er, tak bolehlah, ni bukan aku punya, member aku sebelah yang pergi bilik air ni punya, ang mintak lah dulu dari dia"



"Ala, kejap jela, aku bagi balik kat ang pas aku sign, janganlah kedekut sangat. Pen je kot. tak luak dakwat tu kalau aku wat sign attendance ni"



Selepas didesak beberapa kali, acap terpaksa akur dengan kehendak rakannya itu. Dengan rasa serba salah, acap memberikan pen itu.



Apa yang terjadi ? Selepas itu, pen itu menjadi semakin jauh dan jauh selari dengan pergerakan kertas tandatangan tadi. Sekembalinya empunya pen dari bilik air.



"Mana pen yang aku bagi ang pinjam tu cap?"



"Er, tadi aku taknak bagi, tapi depa semua paksa aku untuk gune pen ang"



"Oit cap, kan aku dah cakap, jangan bagi orang lain ! Ang tau tak pen tu satu-satunya hadiah daripada mak aku, arwah mak aku ! Aku bagi ang sebab aku percaya kat ang. Kalaulah hilang pen tu, apa ang leh wat ? Aku tak kaya cap, tu jela satu-satunya benda yang leh wat aku ingat mak aku.."



"Maaflah. Aku tak tahu........" =.='



* * * * * * * * * * * * * * * 



Berbalik pada cerita kat atas, okeh, ape sebenarnya yang korang boleh dapat ? Tak tahu ?! Okeh-okeh. Macam ni, dari cerita ni, apa yang aku nak bagitahu hangpa semua, dalam hidup ni, kadang-kadang kita kena buat dua pilihan. Dan tak semestinya korang boleh dapat dua-dua tu. Contoh cerita kat atas ni, sama ada  korang nak pilih amanah atau kawan, sangat-sangat susah. Dua-dua bagus. Dahulukan amanah, akan dihina kawan, dan korang akan sekelas dengan kawan korang tu dalam temph jangka masa yang panjang. Sekiranya pilih kawan, ops, amanah tu berintikan dosa sekiranya gagal dijaga. Susah.



Pening? Memang aku nak bagi korang pening sebenarnya pun. Yes !



Okeh, contoh senang kita ambil. Ada seorang blogger bernama ............(isikan nama diri sendiri - lelaki sahaja ) Dia sukakan gurl A dan gurl B Ada dua je probability yang boleh dia tahu. First, sama ada salah seorang akan sangkut dengan dia, or dua-dua akan sangkut dengan dia. Walaupun dua-dua akan sangkut, dia tetap kena buat satu pilihan. must choose only one person. Faham tak?



"Fahammmm cikguuuuu...." tiba-tiba Bobo and the gang menjawab.



"Eh, tiba-tiba ada awak semua ni kenapa. =,=' Awak kalau bab-bab pompan, ni suka ea Bobo"



" Hehe....."






Tu salah satu contoh, banyak lagi korang boleh fikir kan contoh-contoh yang lain. Andailah korang berada kat tempat acap, apa yang korang akan buat? Need to go now. Jumpa kat lain entry. Sekian.


p/s : kredit to Fadz (◕‿◕✿) 

4 comments:

  1. erk, pasal pen pon hang nak membebel panjang2 ka? =='

    ReplyDelete
  2. bukan pen, amanah vs kawan, mane penting ?? *_*

    ReplyDelete
  3. pandai die berkata2 ye..blh jd pnceramah bebas ni..hehe..anyway sy follow ur blog..feel free to visit mine

    ReplyDelete
  4. penceramah bebas ?? hehe, pandai jela.. btw thanks laling ! i'll visit u back ;)

    ReplyDelete

:: Suke Suki Kehidupanku ::